Kerana Aku Seorang Wanita..

jika engkau menjadi yang halal bagiku,
maka..

bimbinglah aku,
basahkan lidahku dengan sama-sama mengalunkan ayat al-Quran,

perhiaskan akhlakku,
ajarkan aku sifat-sifat terpuji halang aku dari melakukan kemungkaran,

peliharalah aku,
ajarkan aku batas-batasku dan lindungi aku dari sebarang ancaman,

sayangi aku,
capai tanganku saat aku lemah dan kesat air mataku saat aku menangis,

kerana sesungguhnya, 
sekuat mana pun kau melihat peribadi aku, 
aku tetap manusia yang lahir dari tulang rusukmu,
aku tetap insan yang lemah,
hati aku amat rapuh dan air mataku mudah jatuh..

KERANA AKU SEORANG WANITA..



Rahsia dihati takde sape yang tahu

2 comments:

adam mukhriz said...

kerana aku seorg lelaki..aku akn berusaha utk mjadi yg halal utkmu supaya aku akn dpt mlindungi, mncintai & membimbingmu..

loneeyJNH said...

^_^

blog ini adalah hak milik mutlak JNHH