salam ramadhan :)

Assalamualaikum :)

Hope semua sihat walafiat..
Hee, hari ini 31 Julai 2011, malam ni, ramai2 la pergi serang surau ngan masjid untuk terawih sama2..
Pejam celik pejam celik, da masuk bulan Ramadhan dahh..hee, kali ke dua Jas sambut puasa di rantauan orang ni bersama dengan kawan-kawan tercinta..haha~

Jas harap untuk Ramadhan tahun ni akan lebih baik dari tahun-tahun yang lepas, semoga dimurahkan rezeki semua and kite dapat sambut Ramadhan tanpa ade sebarang bencana..insyaAllah.. :)
Rahsia dihati takde sape yang tahu

lost.

Bismillahirrahmanirrahim..

Hmm..  Satu keluhan yang besar yang jas nak lepaskan, untuk ape pun jas xpasti.

Bermula semester ni rasa macam ada satu kuasa besar yang pengaruh jas, pengaruh yang macam mana eh? Yang tu pun susah sangat nak terangkan.. Tapi pengaruh tu sesuatu yang sangat3 tak baik.. Pengaruh tu effect study, ibadat and diri jas sendiri..

Sekarang ni, kalau nak cakap pasal study, dalam test ke quiz ke, harapkan ape yang jas dah belajar dalam kelas jelah.. Kalau esok ade quiz, malam tu baru baca sikit dalam buku, then baca pun separuh jalan.. Bila masuk quiz, mulalah jawab merepek2 je.. Macam mana nak score? Nak kata busy, takde lah busy mana sem ni rasanya..huhu~

Next, pasal solat, rasa liat sgt2 nak solat..ske tangguh2.. Mengaji? Apetah lagi.. Sekali dua je rasanya mengaji dalam sem ni.. Kalau solat pun, xkhusyuk.. Nak buat mcm mana lagi? Hmm..

Dulu sakit kepala a.k.a. migrain ni da lama xdatang, tapi sekarang jadi balik.. Lepas tu, jas xpernah sakit lebih dari 3 hari, tapi pernah satu masa tu demam, sakit tekak, batuk, sakit kepala semua dalam masa seminggu..lepas da g klinik, makan ubat sume, Alhamdulillah baik semula..

Kenapa rasa sekarang ni hidup ni kosong sangat? Rase macam tak ada orang yang faham diri ni? Ataupun diri ni yang terlalu sangat complicated? Ataupun jas yang terlalu expect untuk orang lain faham diri jas? Mungkin jugak kann? Huhu.. Betul jugak.. Tak ada orang yang lain yang lebih faham diri kita melainkan diri kita sendiri dan Allah S.W.T..

Diri kita sendiri dan Allah S.W.T..

Mungkin jugak semua ni berpunca dari diri sendiri..
Mungkin diri sendiri yang dah jauh dengan diri sendiri,
Mungkin diri sendiri yang dah jauh dengan Allah S.W.T..

Ya Allah, tolong bwk aku ke pangkal jalan, jangan pesongkan akidahku, pelihara imanku..jangan sesekali jauhkan aku dari Mu..  :’(

Rahsia dihati takde sape yang tahu

i'm not doing this because i hate u.
i'm not doing this becuase i'm tired n bored of u.
i'm doing this because iloveyousomuch.
i'm doing this because i'm hurting you so much.
i'm sorry.
let's pray this isn't the end. we're just giving a break for a longer relationship.
Rahsia dihati takde sape yang tahu

Fast Track? Patut ke tak pergi? hmm..

Assalamualaikum semua :) hope sihat2 n baik2 belaka semuanyaa ye..

Hee, rajin pulak nak mengupdate blog hari ni ye, almaklumla, tengah free, line wireless dapat pulak time2 ni.. Memg cantik laa, hee~

Alhamdulillah, so far so good kott.. haha~ pejam celik pejam celik da nak cuti midsem da pun.. cepat betul masa berlalu..hehe.. Rase macam baru semalam je masuk uitm ni ha untuk sem 3..haha~

Ok, just to remind myself, I'm Office Management Student in Part 3..baru part 3, panjang ag perjalanan nak abeskan diploma ni sebenarnya..haha~tp da perasan nak keje, nak pegang duit gaji sendiri, nak enjoy banyak2, haha~ :p xdelahhh enjoy mana punn, hee~

Hari tu dapat fon call dari mama tersayang..hee, yang paling xboleh blah nye, die fikir, sem ni adalah sem last Jas amek diploma..haha~ kalo mcm tu, senang la hidup, dengan practical pun belum lagi..da nak abes diploma? tidak sama sekali..haha~

Kalau ikutkan, nak abeskan diploma dlu then baru sambung degree, hee~ lg pun syg pulak nak tinggalkan Terengganu tercinta ni..hee~ sambil2 amek degree tu bleh keje, cari duit kann.. tp, mama mcm nak suh amek fast track je..huhu.. Dilemma eden ni ha..

Kalau sambung fast track, lagi dua tahun, terus dapat sijil ijazah..
Kalau sambung diploma terus, lagi setahun dapat sijil diploma.
Tp setahu eden, yuran UiTM untuk ijazah mahal..nk byr PT ag..haihh.. pening2..

Kalau ade sape2 ade cadangan ngan nasihat tu, sila2 lahh share ye..hee~

Sekian saje, ^^
Rahsia dihati takde sape yang tahu

blog ini adalah hak milik mutlak JNHH