mimpi yg pelik..

tiba-tiba seorang perempuan menghampiri aku, dia memegang tangan aku lalu berbisik kepada aku.. "pergilah surau sekarang, ada orang tengah tunggu.. N**** nama dia..". Aku hairan. Perempuan itu pun senyum padaku, juga beberapa org lain yg berada di situ. Aku pun segera bergegas ke surau. Dalam perjalanan ke surau, aku ternampak dia ( org yg aku pnah suka, haha~), tapi.. malangnya, walaupun aku berada di depan mata dia, dia seolah2 tak dapat lihat aku, dia terlalu sibuk dengan kerjanya. Aku pun berlalu dari situ. Aku tiba di surau, aku mengambil wuduk, dan masuk ke dalam surau. Semasa hendak masuk ke dalam surau, aku terpandang seorang lelaki, seakan-akan Cina. Kelihatan semua penghuni di surau itu sedang khusyuk mendengar seorang lelaki tua yg mungkin sedang memberi khutbah di dalam surau itu. Aku sekadar berdiri dan melihat dari belakang, kemudian aku terlihat seseorang yg aku kenal ( lelaki ), berada dalam surau itu juga, dia menegur aku sambil bergurau, ( knpa pulak die pun boleh ada dalam mimpi ni?? haha~ ). Kemudian baru aku teringat, ade orang yg nak jumpa dengan aku, hmm.. siapa? Aku pun tercari-cari..tapi malangnya, tak jumpa jugak. Sampailah khutbah tu habis, masih xde pun org yg dtg tegur aku. Aku pun pelik. Hmm.. Lepas tu, perempuan yang cakap dengan aku tadi dtg dengan kwn2 dia, aku tanya pada dia, "mananya org yg nak jumpa dengan aku?", tanya ku. Kemudian, dia menjawab, "lah, xjumpa ke? dia ada kat sini, N**** nama dia, muka mcm Cina sikit.. Aku pun terkejut. "Eh? mamat tadi ke?". Tapi die tak tegur aku pun. Hmm.. Aku cuma agak itu dia. Tapi, aku tak jumpa pun orang nama N**** tu. Tiba-tiba. . . . . . . . . . ..  Telefon bunyi, aku pun terbangun! haha ^_^

ape mksud mimpi ni? haihh~
Rahsia dihati takde sape yang tahu

1 comments:

Naniey TJ said...

tq sudi singgah d blog nani.....
org kata mimpi tu mainan tido....
klu mimpi tnpa suara mgkin ada mkna t'sirat....
tp klu sblknya, dkatakn mainan syaitan smata2...
serahkn pd Allah...dia yg thu sgla2nya.....

blog ini adalah hak milik mutlak JNHH